Ahad, 15 Mac 2009

Cygnus.. Vismund Cygnus.

Hmm, I was watching AXN this one day and there's this new show called Wipeout. It's a game show. Tengok sendiri lah, malas nak cerita. Anyways, I have a habit of reading the subtitles while watching. And there's this one part where the contestant mengelak dari kena lepuk dengan this giant plastic rod. So the commentator said :

"Oh! And he jumps to the left to avoid from being impaled by the giant rod!"

The subtitles for that word that made me raised an eyebrow was :

"Oh! Lalu dia meloncat ke tepi untuk mengelak dari disula batang yang besar itu!."

OWW-EMM-GEE! The horror wei!!


Well, www.Dictionary.com states that the definition of Impale is:
[im-peyl] Show IPA –verb (used with object), -paled, -pal⋅ing.
1. to fasten, stick, or fix upon a sharpened stake or the like.
2. to pierce with a sharpened stake thrust up through the body, as for torture or punishment.
3. to fix upon, or pierce through with, anything pointed.
4. to make helpless as if pierced through.
5. Archaic. to enclose with or as if with pales or stakes; fence in; hem in.



Nice.
Now i gotta go impale someone.

Rabu, 25 Februari 2009

Accounting, is for losers. Period.

I don't know why, but everytime I'm being left alone to rot dekat Shah Alam, I tend to write more. Hmm, patut ditinggalkan selalu macam ni.



A few weeks back, I started going for tuition. I had to because I can't afford to screw up the paper again. And of all the places, I went for Kasturi Tuition Centre.



Yes people, Kasturi. If you are not from Kuala Lumpur, let me tell you about Kasturi. Pusat tusyen paling terkenal di Kuala Lumpur. Ask anyone, they would know. Tempat menjual muka. Pergi class macam nak ke KLCC. Perfume suku botol wajib digunakan. Padahal dalam kelas bukan pay attention pun, mata meliar mencari gadis gadis comel. SPM tetap hancur.



Anyways, the place where Im going bukan the Kasturi that the kids go, my one high class sikit. Kasturi School of Accounting. Cewah. So, when I went there dapat la gelakkan budak sekolah yang nak menjual muka disana. Gaya sungguh poyo. Gelak punya gelak teringat dulu pun macam tu jugak. Terus diam.



My class, is the part-time class. Because if you guys don't know, I'm already studying at UiTM Shah Alam. So my class pun orang yang part-timers juga. And I'm the only one around my age. And the only malay. Yang lain semua dah tua. Nobody would sit next to me. Sedih sial. Cakap pun tak. Semua kasi pandangan jijik. Maybe it's because of the shiny thing on my eyebrow kot. Tanda-tanda patut dibuang dah ni.



My class lecturer is the weirdest guy I've ever met. Masa tu, it was the Chinese New Year season so Kasturi hired some lion dance. The lecturer said to get ready, sure bising. And some other weird things. Some of them are:



"Eh you Indian people, when the lion come ah, you bring your kavadi and stab them can ah?"



(At this time, the lion was dancing downstairs, he opened the window and said)

"Someone go get a plastic and fill it with water, throw it to the lion can ah? Tell them to shut up"



"When the stupid lion come ah, you people show the finger to them, sure they shut up one."



??? Weirdo sial. Haha but that's the only entertainment I get there. Because for 3 hours, I don't open my mouth. Nobody would talk to me. (kisah sedih)



What to do, sacrifice untuk education punya pasal. Ayat ini sungguh poyo.



Thank you. Someone come entertain me here. Bosan lah duduk sorang.



(gambar mintak cubitan nakal minggu ini.)

Ihik ihik!~

Selasa, 10 Februari 2009

298 all day long.

Action :

Bibir belah atas kanan ternaik dengan sedikit diikuti jelingan garang.

Results:

Kepala lutut terus tukar jadi Jell-O.


Can anyone teach me how to do it? Ada buat class tuition? I'm willing to pay.

Myth:

RedBull can make you high.

Results:

Confirmed. Sugar rush macam durjana.

Moral of the story?

Do not take 3 cans of RedBull in a row with thoughts that you can be alert while driving. Hyper macam monyet. And rasa macam nak mati. Lagi lagi rakan lain yang berada dalam kereta sedang nyenyak tidur. Layan la gila tu sorang diri. :S

Rabu, 4 Februari 2009

goodbye palidjah jono!




Don't have fun di Australia, study! Haha I'm going to miss you sister. Kalau ada masa lapang meh la singgah Malaysia ye.

I'm sorry if I did anything wrong. Bila dah sampai sana jangan lupa berbelanja untuk adik tersayang. I know you're gonna cry your eyes out when nak bla nanti. I'm gonna take a picture pastu blog.


Ogay, let's blog!

Hmm, tak tau kenapa tapi ada line kat bawah ni. Taktau macam mana nak hilangkan. But who cares, tulis je lah.

Right now I'm watching Astro Supersport. WWE RAW. Iyess, wrestling. Siapa yang tak tengok wrestling waktu kecil dahulu? Memang best. My time, I love watching Stone Cold and Kane wrestle. Masa kecil memang mudah terpedaya. Mati mati ingat Kane ni datang dari neraka, The Undertaker memuja syaitan, China seorang lelaki bertukar jadi perempuan (okay saje tipu). Oleh sebab itu lah masa sekolah, kami semua amat taksub dengan wrestling. Seronok betul. Sekolah dijadikan tempat berbincang tentang wrestling. Ini adalah cerita betul. Sewaktu darjah 4, dalam borang ko-kurikulum tempat tulis cita-cita saya letak Ahli Gusti. Yes. Tahap tu lah kegilaannya. Pastu kena rotan dengan cikgu. Hmm. Rumah saya pula dijadikan tempat beraksi setiap minggu sebelum pergi sembahyang Jumaat. Juga tanpa pengetahuan ibu bapa. Hmm, zaman sekolah banyak jugak rahsia. Haha. So seperti biasa, semua geng geng penggusti datang berkumpul di rumah saya sebelum pergi sembahyang Jumaat. Pelbagai jenis aksi dilakukan. Berdiri atas railing dan terbang backflip ke atas kerusi sofa. Saya masih ingat, ketika itu saya sedang mengenakan "Walls of Jericho" to a friend of mine. Kalau tak tau apa tu pergi tengok wrestling! Loser. Well, dia pun meronta-ronta cari jalan untuk melepaskan diri dari cengkaman maut. Si bodoh tu meronta dengan amat kuat sekali. I lost my balance. Terjatuh tersembam. Pang!

Itu je yang dapat diingat. Lepas tu taktau apa jadi. Sedar sedar dah kat masjid. Tengah duduk dekat belakang masjid sambil dikelilingi rakan-rakan. They said i fell and hit my head on the floor and i blacked out. Hok eleh, wrestling main-main pun boleh concussion ke? Gila brutal. At that time, I was having a splitting headache. Sakit nak mati. Bibir ada kesan luka yang agak teruk. Kepala benjol. They said i fainted for 5 minutes. I asked for water. Tak lama kemudian, seorang kawan datang membawa air. Dia ni pulak taktau la kenapa time tu konon nak berlagak seperti ustaz. Dia menjampi air tersebut. Mulut terkumat-kumit. Ke terkumat-kamit? Sama je la. Pastu dia menghembus. Ptuih ptuih! Tempias air liur banyak pun ada. At that time rasa nak sepak je muka dia tapi sebab tak tahan pening minum je lah. Budak ni dahla darjah 5 je, sembahyang jumaat pun suka ponteng nak baca jampi serapah pulak? Erk.

Akibat kepala sakit sangat yang tak terhingga, saya tak sembahyang Jumaat pada hari tu. Duduk kat belakang masjid je. Hmm, alasan yang agak munasabah eh? Haha. Balik rumah, pergi jumpa doctor. Macam biasa, terpaksa menipu ibu sekali lagi. "Ma, tadi masa nak pergi sembahyang terjatuh pastu pengsan. Nak kena pergi jumpa doctor ni, concussion." Haih, nakal betul time kecil ni. Sorry again ma!

Sabtu, 17 Januari 2009

blood.

I dream of giving birth to a child who will ask, "Mother, what was war?" ~Eve Merriam

This time around, while all of us are having fun, laughing and enjoying the peacefulness that we're having right now, people in Palestine and Israel are mourning over the deaths of their loved ones. Gelak gelak jugak, benda benda macam ni kena ambik tahu juga. There are more important things to listen than ramblings about the Kuala Terengganu by-election. Sorry for being political, but it's the truth. Let's stop doing anything for a second and pray for the lost souls of the Gaza War. War doesn't solve anything, it just makes it more complicated. War does not determine who is right - only who is left. Fuh, ayat penuh falsafah =)


Sorry if this post agak bosan, I'm having writer's block right now. Tetapi dipaksa juga untuk menulis. Erk. Cerita pasal darah darah ni, I was once involved in a 'peristiwa berdarah' too. Back in standard 3. Just after the "Seaweed" incident. Kisah ini terjadi pada hari terakhir musim persekolahan. At that time, everyone was just having fun. No homework and no studying. So masa rehat, semua pun main kejar-kejar dekat padang sekolah. Saya pula pada masa tu perasan cool, tak main la kejar-kejar. Duduk tepi je gelakkan mereka yang mengejar. Tetapi masa tu bosan la pulak. Tiba-tiba saya ternampak kerusi kantin sekolah sesat dekat padang. Ala, kerusi yang panjang tu yang kita semua selalu letak chewing gum kat bawah tu. So, akibat kebosanan, saya tanpa sebab pergi la ke arah kerusi tu dan angkat kerusi tu vertically(tanpa sebab). Ketika tu ramai pula budak budak tengah main kejar-kejar. Aah, perkara malang pun terjadi-lah.

Dengan semangat berkobar-kobar, saya pun suruh la kawan-kawan yang berada berdekatan untuk blah jauh jauh kerana saya nak lepaskan kerusi kantin itu dan tengok ia hancur berkecai. Kecik kecik lagi dah ada sifat-sifat seorang pemusnah. Sigh. Mereka pun menjauhi kerusi tersebut. Siap buat countdown lagi. Threeeee.....Twooooo....Oneeeee!! Saya pun melepaskan kerusi tu dengan muka penuh ghairah dan bangga. Tak sabar nak hancurkan barang sekolah. Kerusi tu pun jatuh dengan slow motion. Amat slow. Bila nak sampai ke tanah je, tak pasal-pasal ada seorang budak yang sibuk bermain kejar-kejar lari betul betul bawah kerusi tu.

Oh my God, suspense-nya!

BAMM!!! Bucu kerusi tu jatuh betul betul dekat kepala budak yang malang tu. Berlubang terus kepalanya. Memancut mancut darah wei! Siap ada yang terpercik kena baju saya. Saya hanya mampu membatu di situ. Speechless. I don't know what to do. Budak tu meraung-raung dan kemudian pengsan. Otak saya berfikir dengan begitu pantas! Oh damn, im only 9 years old and already i've killed someone! Semua yang berada di situ menggelabah. Ada yang menangis. Goyang beb! Kemudian datang lah seorang cikgu yang mengangkat budak tersebut bawa ke bilik guru. Saya pun turut menolong sama. Habis tangan dan baju penuh dengan darah. Macam sembelih kambing hitam buat black metal. Sampai di bilik guru, budak tersebut menerima rawatan. Tidak lama kemudian, ambulans pun datang dan membawa budak malang tu(yang merupakan seorang senior. Haha!) ke hospital. Saya hanya mampu duduk di bilik guru dengan tangan berlumuran darah dan menangis. Ya, menangis. Tipu la kalau tak menangis, saya ni bukan Zionis. Tidak lama kemudian, cikgu pun datang. Dia suruh saya basuh tangan dan kemudian datang ke bilik guru besar kerana ada pegawai polis nak jumpa. Wtf?! Teka la apa yang jadi seterusnya?

Saya basuh tangan, dan terus blah dari sekolah. Ponteng time darjah 3, not bad eh? Terus saya melarikan diri dari segala masalah yang ada. Kawan telefon cakap cikgu nak jumpa bila bukak sekolah tahun depan kerana kes masih belum selesai. Hmm, what to do? I told my mum i want to change school because kebetulan ada sekolah yang baru dibuka berdekatan dengan rumah saya. Mama pun bersetuju. Jadi saya pun pindah dengan meninggalkan kisah hitam tersebut tanpa memberitahu sesiapa. Sampai sekarang pun tak kantoi. I'm sorry Mama, but some things are best kept hidden. Hehe. To any family members yang baca ni, diam diam sudah! Hahahaha!

I'm sorry senior boy who i crashed a canteen chair on your head. Kosong-kosong eh? Dengar cerita kamu cedera parah, kepala berlubang. Sampai hilang ingatan sikit. Hehe, sorry tak sengaja. Kan dah cakap, main kejar kejar ni tak cool.

Well, that's all for now. Last before i click the 'publish post' button, mari kita baca ni. Penat berfikir okay.

What this planet needs is more mistletoe and less missile-talk.

So let's kiss!




Rabu, 14 Januari 2009

woot im coming, mutton go yay!




My favorite video on YouTube. Never fails to make me laugh.

Selasa, 30 Disember 2008

take a gun and shoot me in the head part II.


(tempat lahirnya bakal bakal pembunuh bersiri dan blogger miskin.)

Aahh..

Atas permintaan ramai, saya akan bercerita lagi tentang pengalaman saya ketika menuntut di Maktab Tentera Diraja dahulu. Kali ini saya ingin bercerita tentang seorang cikgu RMC.

Ma'am Ruslida a.k.a Syaitan Bertudung a.k.a Mayat Hidup

Nama yang cukup dibenci oleh Farhan Arif.

Ma'am Ruslida mengajar subjek Bahasa Malaysia untuk kelas 2 dan 3 Alpha. Jadi saya terpaksa menempuh 2 tahun yang cukup derita bersama dengannya. Ma'am Ruslida seorang yang sangat kejam. Mukanya pula sangat pucat seperti mayat. Mukanya juga sangat mengundang tapak kaki. Tidak pernah tersenyum. Hanya senyum tipu ketika mengambil gambar untuk majalah sekolah. Sungguh gemar mendera pelajar. Target utama beliau, seperti biasa, Farhan Arif. Ma'am Ruslida amat suka mengajar kami KOMSAS (Komponen Sastera) dan saya pula amat membenci KOMSAS kerana perlu banyak menulis. Opposite attracts, mungkin kerana itu dia selalu target saya? Maybe.

Ma'am Ruslida pernah menjadikan tangan saya tempat melepaskan dendam kesumat kerana saya mengupah seorang rakan kelas untuk menyalin sinopsis novel Meniti Kaca. Habis dirotan sehingga terkupis kulit. Bodoh punya rakan kelas, tulisan dia sungguh berlainan dengan tulisan saya menyebabkan perbuatan jahat saya itu dapat dihidu oleh Ma'am Mayat.

Ma'am Ruslida juga pernah menyumbat cengkih kedalam mulut saya dan beliau memaksa saya mengunyah bunga cengkih tersebut sehingga hancur dan telan kerana saya tidak menyiapkan kerja rumahnya. Saya memang tidak pernah membuat kerja rumah yang disuruh oleh beliau maka semua punishmentnya akan saya terima dengan hati terbuka. Akibat tindakannya yang sungguh mulia itu, semua jenis makanan yang saya telan ada perisa cengkih.

*Nak dengar cerita menarik? Setelah menulis dengan amatlah panjang macam babi, bila nak post ter-hang pula laptop. Yang keluar hingga ke takat ini. Jadi saya perlu tulis kembali. Haih.*

Kelas 3 Alpha memang terkenal dengan keadaan kelas yang sentiasa bising, tidur dan semak seperti baru lepas perang dengan Israel. Pernah Ma'am Ruslida mendenda satu class untuk duck walk sebanyak 5 pusingan koridor. Kerana asyik didenda untuk duck walk, pelajar 3 Alpha bagai sudah immune dengan penderaan tersebut. Tapi tipu lah kalau nak kata tak sakit. Lutut longgar habis. Malangnya, ketika itu senior form 5 ternampak kami sedang menjalankan hukuman. Form 5 ketika zaman saya memang celaka semuanya, pantang dapat point untuk mendera. Setelah habis kelas, mereka mendera kami dengan alasan memalukan Maktab Tentera Diraja. Wtf?

Tetapi semua perkara ini tidak boleh melawan suatu peristiwa hitam yang masih segar didalam ingatan saya. Tidak akan saya lupakan peristiwa ini hingga ke liang lahad. Semua ini ada kena mengena dengan Borethug atau lebih dikenali sebagai Syafiq Azman.

Pada suatu hari, seperti biasa, Ma'am Ruslida datang ke kelas dengan mood nak mendera beliau. Kelas 3 Alpha ketika itu extra kotor. Lalu dia pun datang dengan hati yang puas. Disuruh semua kelas berdiri atas kerusi. Borethug yang ketika itu sedang bad mood kerana dikejut tidur untuk berdiri atas kerusi mengambil segumpal sampah yang berada diatas lantai dan membentukkan sebuah bola dengan sampah tersebut. Dia kemudian melontar gumpalan sampah tersebut dengan amat kuat sekali. Katanya kepada saya selepas adegan tersebut dia hanya ingin mengacah tetapi terlepas. Wtf? Gumpalan sampah tersebut mengenai tepat pada kepala Ma'am Ruslida dengan impak yang sungguh kuat dan padat. Ketepek! Ma'am Ruslida menoleh kebelakang dengan pantas. Matanya berapi!

Oh my god, suspense-nya!

Ma'am Ruslida menjerit sekuat hati "Siapa yang baling tu?!"

Borethug dengan selamba cibainya menuding jari ke arah Farhan Arif. Selama 2 saat seluruh kelas diam. Hanya bunyi cengkerik kedengaran. Kriik, Kriik. Kemudian, seperti terdapat mutual understanding satu kelas dengan serentaknya mengangkat tangan dan menuding ke arah Farhan Arif. MACIBAI! Saya terperangkap. Tidak ada hala tuju. Tidak ada masa untuk berfikir apa perlu diucapkan. Menjadi mangsa keadaan. Kemudian, keluarlah kata-kata hikmat dari mulut saya.

"Weh kimak babi lancau! Asal aku pulak?!"

Aah, masih fresh didalam ingatan ayat tersebut. Kemudian Ma'am Ruslida bergegas kearah saya. Dicapainya rotan beliau yang nipis itu didalam perjalanan. "Oohh.. Mencarut! Mencarut!" Lalu dilibasnya rotan nipis itu. Bukan pada tangan. Bukan pada punggung empuk. Tetapi kepada mulut. Dengan amat kuat dan banyak kalinya. Tanpa sebarang belas kasihan. Saya tidak mampu untuk buat apa-apa. Hanya mampu berdiri menahan kesakitan yang amat. Habis berair mata kerana dilibas syaitan bertudung yang bermuka pucat itu. Mulut bengkak. Penuh dengan kesan libasan pada mulut dan muka. Boleh pulak dia target tak betul. Sampai ke dahi pun ada hinggap libasannya. Hati saya ketika itu hanya Tuhan yang tahu. Mahu sahaja saya mencapai kerusi berdekatan dan baling ke arahnya.

Selepas itu, Borethug datang ke arah saya dengan muka selamba taiknya itu dan berkata

"Weh, sorry doh."

Hanya itu sahaja yang dikatakan. Dan itu sahajalah conversation kami berdua untuk seminggu. Saya tidak bercakap dengan Borethug.

Borethug, Fuck you.

Sejak peristiwa tersebut, tahap kebencian saya terhadap Ma'am Ruslida naik mendadak. Dia juga semakin membenci saya. Setiap peluang untuk mendenda tidak dilepaskan. Semuanya salah. Dia juga menyumpah saya akan fail untuk pelajaran Bahasa Malaysia untuk PMR. (Tetapi masih berjaya untuk dapat A. Haha!) Dia juga enggan untuk bersalaman dengan saya ketika acara 'Memohon Maaf Bersama Guru Sebelum Periksa'. Kurang ajar betul. Saya juga apa kurangnya. Menyebarkan khabar angin, mengutuk dan boikot Ma'am Ruslida. Ketika itu, dia sedang sarat mengandung jadi banyak lah perkataan tidak elok terukir di notice board belakang kelas. Gemuk. Mayat Buncit. Syaitan Bulat. Saya juga ada tertanya tanya samada yang akan keluar dari perut beliau itu bayi atau syaitan jr. Mana lah tau. Haih, sudah banyak ditulis. Nanti akan disambung lagi kalau rajin =)

Till then,

Farhan "apa wowo?!" Arif.