Rabu, 4 Februari 2009

goodbye palidjah jono!




Don't have fun di Australia, study! Haha I'm going to miss you sister. Kalau ada masa lapang meh la singgah Malaysia ye.

I'm sorry if I did anything wrong. Bila dah sampai sana jangan lupa berbelanja untuk adik tersayang. I know you're gonna cry your eyes out when nak bla nanti. I'm gonna take a picture pastu blog.


Ogay, let's blog!

Hmm, tak tau kenapa tapi ada line kat bawah ni. Taktau macam mana nak hilangkan. But who cares, tulis je lah.

Right now I'm watching Astro Supersport. WWE RAW. Iyess, wrestling. Siapa yang tak tengok wrestling waktu kecil dahulu? Memang best. My time, I love watching Stone Cold and Kane wrestle. Masa kecil memang mudah terpedaya. Mati mati ingat Kane ni datang dari neraka, The Undertaker memuja syaitan, China seorang lelaki bertukar jadi perempuan (okay saje tipu). Oleh sebab itu lah masa sekolah, kami semua amat taksub dengan wrestling. Seronok betul. Sekolah dijadikan tempat berbincang tentang wrestling. Ini adalah cerita betul. Sewaktu darjah 4, dalam borang ko-kurikulum tempat tulis cita-cita saya letak Ahli Gusti. Yes. Tahap tu lah kegilaannya. Pastu kena rotan dengan cikgu. Hmm. Rumah saya pula dijadikan tempat beraksi setiap minggu sebelum pergi sembahyang Jumaat. Juga tanpa pengetahuan ibu bapa. Hmm, zaman sekolah banyak jugak rahsia. Haha. So seperti biasa, semua geng geng penggusti datang berkumpul di rumah saya sebelum pergi sembahyang Jumaat. Pelbagai jenis aksi dilakukan. Berdiri atas railing dan terbang backflip ke atas kerusi sofa. Saya masih ingat, ketika itu saya sedang mengenakan "Walls of Jericho" to a friend of mine. Kalau tak tau apa tu pergi tengok wrestling! Loser. Well, dia pun meronta-ronta cari jalan untuk melepaskan diri dari cengkaman maut. Si bodoh tu meronta dengan amat kuat sekali. I lost my balance. Terjatuh tersembam. Pang!

Itu je yang dapat diingat. Lepas tu taktau apa jadi. Sedar sedar dah kat masjid. Tengah duduk dekat belakang masjid sambil dikelilingi rakan-rakan. They said i fell and hit my head on the floor and i blacked out. Hok eleh, wrestling main-main pun boleh concussion ke? Gila brutal. At that time, I was having a splitting headache. Sakit nak mati. Bibir ada kesan luka yang agak teruk. Kepala benjol. They said i fainted for 5 minutes. I asked for water. Tak lama kemudian, seorang kawan datang membawa air. Dia ni pulak taktau la kenapa time tu konon nak berlagak seperti ustaz. Dia menjampi air tersebut. Mulut terkumat-kumit. Ke terkumat-kamit? Sama je la. Pastu dia menghembus. Ptuih ptuih! Tempias air liur banyak pun ada. At that time rasa nak sepak je muka dia tapi sebab tak tahan pening minum je lah. Budak ni dahla darjah 5 je, sembahyang jumaat pun suka ponteng nak baca jampi serapah pulak? Erk.

Akibat kepala sakit sangat yang tak terhingga, saya tak sembahyang Jumaat pada hari tu. Duduk kat belakang masjid je. Hmm, alasan yang agak munasabah eh? Haha. Balik rumah, pergi jumpa doctor. Macam biasa, terpaksa menipu ibu sekali lagi. "Ma, tadi masa nak pergi sembahyang terjatuh pastu pengsan. Nak kena pergi jumpa doctor ni, concussion." Haih, nakal betul time kecil ni. Sorry again ma!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ogay!i loser tak tau pekejadah benda tu!
hmm seperti biasa u memang tengol dan tengol!
u memang noty abesh!hahahaha

Tanpa Nama berkata...

sape yang konon ustaz? yusz? agak laa

anyaroslan berkata...

Hahahahaha! Asal you ni sengal sangat laaaaaaa?

I look forward to these Malay-for-life stories. Update la lagi!

xXx berkata...

hahahhahahahahahahaha

part jampi tuh paling tak tahan!!
hahahhah

oh, bell pun tgk wrestling gak dulu!! masa tuh bell gila kat the rock! fulamak! siap beli buku wrestling nak carik gambar the rock. haha. tapi part lawan2 tu, hehe. bell buat jugak. dengan my brother. tapi bila rasa mcm nak kalah tu, bell buat2 tido. hahahah

and yessss, sumpah bell ingat kane tu setann! ya robbi!

farn sihat? ingat bell sape tak? hahah. loser gila tanye soalan jenis tuh. hahahah
tapi ape2 je lah .