Rabu, 25 Februari 2009

Accounting, is for losers. Period.

I don't know why, but everytime I'm being left alone to rot dekat Shah Alam, I tend to write more. Hmm, patut ditinggalkan selalu macam ni.



A few weeks back, I started going for tuition. I had to because I can't afford to screw up the paper again. And of all the places, I went for Kasturi Tuition Centre.



Yes people, Kasturi. If you are not from Kuala Lumpur, let me tell you about Kasturi. Pusat tusyen paling terkenal di Kuala Lumpur. Ask anyone, they would know. Tempat menjual muka. Pergi class macam nak ke KLCC. Perfume suku botol wajib digunakan. Padahal dalam kelas bukan pay attention pun, mata meliar mencari gadis gadis comel. SPM tetap hancur.



Anyways, the place where Im going bukan the Kasturi that the kids go, my one high class sikit. Kasturi School of Accounting. Cewah. So, when I went there dapat la gelakkan budak sekolah yang nak menjual muka disana. Gaya sungguh poyo. Gelak punya gelak teringat dulu pun macam tu jugak. Terus diam.



My class, is the part-time class. Because if you guys don't know, I'm already studying at UiTM Shah Alam. So my class pun orang yang part-timers juga. And I'm the only one around my age. And the only malay. Yang lain semua dah tua. Nobody would sit next to me. Sedih sial. Cakap pun tak. Semua kasi pandangan jijik. Maybe it's because of the shiny thing on my eyebrow kot. Tanda-tanda patut dibuang dah ni.



My class lecturer is the weirdest guy I've ever met. Masa tu, it was the Chinese New Year season so Kasturi hired some lion dance. The lecturer said to get ready, sure bising. And some other weird things. Some of them are:



"Eh you Indian people, when the lion come ah, you bring your kavadi and stab them can ah?"



(At this time, the lion was dancing downstairs, he opened the window and said)

"Someone go get a plastic and fill it with water, throw it to the lion can ah? Tell them to shut up"



"When the stupid lion come ah, you people show the finger to them, sure they shut up one."



??? Weirdo sial. Haha but that's the only entertainment I get there. Because for 3 hours, I don't open my mouth. Nobody would talk to me. (kisah sedih)



What to do, sacrifice untuk education punya pasal. Ayat ini sungguh poyo.



Thank you. Someone come entertain me here. Bosan lah duduk sorang.



(gambar mintak cubitan nakal minggu ini.)

Ihik ihik!~

Selasa, 10 Februari 2009

298 all day long.

Action :

Bibir belah atas kanan ternaik dengan sedikit diikuti jelingan garang.

Results:

Kepala lutut terus tukar jadi Jell-O.


Can anyone teach me how to do it? Ada buat class tuition? I'm willing to pay.

Myth:

RedBull can make you high.

Results:

Confirmed. Sugar rush macam durjana.

Moral of the story?

Do not take 3 cans of RedBull in a row with thoughts that you can be alert while driving. Hyper macam monyet. And rasa macam nak mati. Lagi lagi rakan lain yang berada dalam kereta sedang nyenyak tidur. Layan la gila tu sorang diri. :S

Rabu, 4 Februari 2009

goodbye palidjah jono!




Don't have fun di Australia, study! Haha I'm going to miss you sister. Kalau ada masa lapang meh la singgah Malaysia ye.

I'm sorry if I did anything wrong. Bila dah sampai sana jangan lupa berbelanja untuk adik tersayang. I know you're gonna cry your eyes out when nak bla nanti. I'm gonna take a picture pastu blog.


Ogay, let's blog!

Hmm, tak tau kenapa tapi ada line kat bawah ni. Taktau macam mana nak hilangkan. But who cares, tulis je lah.

Right now I'm watching Astro Supersport. WWE RAW. Iyess, wrestling. Siapa yang tak tengok wrestling waktu kecil dahulu? Memang best. My time, I love watching Stone Cold and Kane wrestle. Masa kecil memang mudah terpedaya. Mati mati ingat Kane ni datang dari neraka, The Undertaker memuja syaitan, China seorang lelaki bertukar jadi perempuan (okay saje tipu). Oleh sebab itu lah masa sekolah, kami semua amat taksub dengan wrestling. Seronok betul. Sekolah dijadikan tempat berbincang tentang wrestling. Ini adalah cerita betul. Sewaktu darjah 4, dalam borang ko-kurikulum tempat tulis cita-cita saya letak Ahli Gusti. Yes. Tahap tu lah kegilaannya. Pastu kena rotan dengan cikgu. Hmm. Rumah saya pula dijadikan tempat beraksi setiap minggu sebelum pergi sembahyang Jumaat. Juga tanpa pengetahuan ibu bapa. Hmm, zaman sekolah banyak jugak rahsia. Haha. So seperti biasa, semua geng geng penggusti datang berkumpul di rumah saya sebelum pergi sembahyang Jumaat. Pelbagai jenis aksi dilakukan. Berdiri atas railing dan terbang backflip ke atas kerusi sofa. Saya masih ingat, ketika itu saya sedang mengenakan "Walls of Jericho" to a friend of mine. Kalau tak tau apa tu pergi tengok wrestling! Loser. Well, dia pun meronta-ronta cari jalan untuk melepaskan diri dari cengkaman maut. Si bodoh tu meronta dengan amat kuat sekali. I lost my balance. Terjatuh tersembam. Pang!

Itu je yang dapat diingat. Lepas tu taktau apa jadi. Sedar sedar dah kat masjid. Tengah duduk dekat belakang masjid sambil dikelilingi rakan-rakan. They said i fell and hit my head on the floor and i blacked out. Hok eleh, wrestling main-main pun boleh concussion ke? Gila brutal. At that time, I was having a splitting headache. Sakit nak mati. Bibir ada kesan luka yang agak teruk. Kepala benjol. They said i fainted for 5 minutes. I asked for water. Tak lama kemudian, seorang kawan datang membawa air. Dia ni pulak taktau la kenapa time tu konon nak berlagak seperti ustaz. Dia menjampi air tersebut. Mulut terkumat-kumit. Ke terkumat-kamit? Sama je la. Pastu dia menghembus. Ptuih ptuih! Tempias air liur banyak pun ada. At that time rasa nak sepak je muka dia tapi sebab tak tahan pening minum je lah. Budak ni dahla darjah 5 je, sembahyang jumaat pun suka ponteng nak baca jampi serapah pulak? Erk.

Akibat kepala sakit sangat yang tak terhingga, saya tak sembahyang Jumaat pada hari tu. Duduk kat belakang masjid je. Hmm, alasan yang agak munasabah eh? Haha. Balik rumah, pergi jumpa doctor. Macam biasa, terpaksa menipu ibu sekali lagi. "Ma, tadi masa nak pergi sembahyang terjatuh pastu pengsan. Nak kena pergi jumpa doctor ni, concussion." Haih, nakal betul time kecil ni. Sorry again ma!