Selasa, 8 Julai 2008

take a gun and shoot me in the head.

I'm dying out of boredom. Somebody come to Shah Alam and save me. This is miserable.

Perhatikan gambar ini,

Makhluk-makhluk jijik ini (kecuali berbaju merah) dikenali sebagai bekas pelajar Maktab Tentera DiRaja.

Di sinilah anda diherdik, dicerca, dihina dan diliwat selama setahun ketika baru masuk bergantung kepada tahap kecomelan anda. Tetapi disinilah jugalah anda akan mempelajari erti sebenar kehidupan. Melakukan perkara sedaya upaya supaya boleh menjalankan kehidupan yang normal dan tidak dalam kesakitan selepas itu. Cukup arif dengan istilah "co-operate". Bekerjasama melakukan semua perkara dengan sempurna sekali.

Tetapi perkara ini hanya bertahan selama setahun. Makin meningkat dewasa, makin perangai perasan dewa. Apabila anda sampai on top of the food chain, mula lah tumbuh tanduk. Tidak sabar untuk mengenakan kepada juniors apa yang kita sendiri menghadapi ketika kita sama umur dengan mereka. Tidak sabar untuk melayangkan sepakan ke perut, memaksa membasuh baju kita yang berpeluh, berlendir dan berbau bangkai. Tidak sabar untuk membuat mereka menyesal memasuki institusi pembelajaran ini. Perasaan sama yang dialami oleh setiap putera ketika baru masuk. Tipu lah kalau kata suka. Anak kepada komandan, ketua jurulatih mahupun mana mana big shot di negara Malaysia ini tidak dikira. Anda boleh dianggap dewa ketika anda masih junior. Tidak ada sesiapa yang berani menyentuh anda. Ada yang suka tunjuk berani nak try, tetapi berakhir dengan linangan air mata kerana dibuang sekolah.

Walaupun saya sendiri tidak menamatkan pengajian saya di sini, berdasarkan luahan perasaan rakan rakan sepermainan ketika saya menuntut di sini sebulat suara menyatakan perkara yang sama iaitu those days has past, it's not the same any longer. Sebenarnya saya sengaja menulis dalam Bahasa Inggeris. Hakikatnya, sesiapa yang bercakap Bahasa Inggeris akan dikutuk. Poyo speaking katanya. Hohoho sekolah kampung.

Apa yang berlainan adalah mindset para pelajar baru. Mereka tidak faham apa itu Royal Military College. Ragging Must Continue. Atau Rogol Minah Comel untuk berberapa pelajar yang terjatuh dari dakapan ibu atau pengasuh ketika masih kecil dan secara tidak langsung meninggalkan efek kepada otak mereka. Anyways, para pelajar baru ini tidak sanggup menerima sebarang jenis deraan. Fizikal, mental mahupun seksual.


(Gambar diambil dari facebook Jason Wee kerana dia seorang sahaja yang masih tak sedar diri dah tua bangka.)

Para pelajar baru ini berdasarkan cerita yang sampai di telinga saya, pantang disentuh. Terus menghantar laporan kepada pihak atasan. Makin ramai lah pelajar mengalirkan air mata dibawah pintu gerbang RMC. Bagaikan berada didalam sebuah drama Melayu kos rendah. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan pelajar senior. Mereka lived through hell untuk setahun, menyimpan dendam kesumat selama 2 tahun, bersumpah kepada diri sendiri akan memberi segala yang dirasai kepada juniors. Apabila sampai masa mereka untuk menunjuk belang, tidak boleh pula. Perasaan marah tidak boleh dikawal. Ingin terus mencuba memberi deraan, belum sempat memberi sudah dibuang. Ingin memberontak juga diakhiri dengan linangan air mata.

Malah sesetengah staf-staf RMC juga melahirkan perasaan tidak puas hati mereka dalam diam kerana Maktab tidak seperti dulu lagi. Bahan bualan ini menjadi gosip hangat dalam Maktab. Kalah majalah Mangga mahupun URTV. Para pelajar baru tidak seperti dulu, semuanya lembik kata mereka. Tetapi mereka tidak boleh membuat apa apa.

Ketika the old days, biarpun kami boleh membuat laporan jika didera, itu adalah perkara terakhir yang akan terlintas di fikiran masing masing. Takut akan kena lebih teruk, kerja berlipat ganda, dipandang serong satu maktab dan dipulau oleh batch sendiri. Tetapi sekarang, sesiapa yang digelar mat report dianggap seorang yang berani. Berani meluahkan perasaan mereka kepada pihak atasan. Para senior tidak boleh membuat apa apa. Mat Report diberi immunity.

Melihat perkara ini berlaku, para pelajar lain mengikut jejak langkah mereka. Seronok agaknya dapat merasai perasaan rancangan realiti Survivor dimana sesiapa yang diberi immunity akan hidup senang tanpa risau. Maka dengan itu, lenyaplah revolusi Maktab Tentera DiRaja. Maktab yang dulunya dipandang tinggi kerana disiplin dan kesakitan yang dialami setiap putera kini hanyalah sekolah yang sama standardnya dengan sekolah di pedalaman Sarawak. Cuma berbeza dari segi pemakaian dan permakanan yang masih tidak berubah. Makanan yang sungguh enak anda semua sanggup berpuasa sunat sebulan.

Sebenarnya, masih banyak perkara yang boleh diceritakan tentang MTD dulu dan kini tetapi saya tahu anda semua sudah bosan kerana post ini amatlah luarbiasa panjangnya. Minta maaf, hidup amat bosan sekarang. Ditinggalkan semua kawan yang sedang bercuti sekarang. Akan diceritakan lagi jikalau mendapat sambutan.

Kesimpulannya, jika anda ternampak di Myspace (bukan Facebook, mereka tidak secanggih itu.) pelajar pelajar Maktab Tentera DiRaja sekarang berbangga dengan sekolah mereka dengan display picture mereka memakai pakaian tentera mahupun ketika sedang menjalani physical exercise, anda hanya perlu meludah ke skrin dan buang sahaja komputer itu. Tidak perlulah anda berasa kagum, itu semua hanya ilusi. Lembik belaka. Ketika menghadiri upacara Old Putera-Present Putera tempoh hari sudah saya melihat tahap kelembikan mereka. Terasa ingin memijak perut hingga terkeluar cirit hijau pun ada. To be continued jikalau ada yang ingin tahu lagi.

First attempt on full Malay post. Peace.

Luahan hati ini didedikasikan kepada

433359
Putera Kanan Mohd. Syafiq b. Azman
(Lelaki yang menganggap dirinya DJ Tiesto di dalam gambar diatas.)

Bangsat negara yang meninggalkan kawan beliau yang amat comel di Shah Alam berseorangan.

I hate you guys.

14 ulasan:

Liy Lacia berkata...

HAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAHAHA OMG THIS IS SO GOOD HAHAHHAHAHAHHAAHAHAHHAHAHAHHAAHAHAHHAHAHAHHAA


more la farn hahahahahhaa

Tanpa Nama berkata...

haha
ko cm kimak aa ayat
aku cintakan kau abg farny mafarker

Tanpa Nama berkata...

"Mereka lived through hell untuk setahun, menyimpan dendam kesumat selama 2 tahun, bersumpah kepada diri sendiri akan memberi segala yang dirasai kepada juniors. Apabila sampai masa mereka untuk menunjuk belang, tidak boleh pula. Perasaan marah tidak boleh dikawal. Ingin terus mencuba memberi deraan, belum sempat memberi sudah dibuang. Ingin memberontak juga diakhiri dengan linangan air mata." ni mcm nk bang aku jek.. hahaha.. palat ko..

danaini berkata...

hahaha bodoh okayy. gelak mcm org gila dah i ni. :P

AINIROCKSTAR berkata...

i dont need to repeat myself. farn patut jadi org keje kat ujang

farn. berkata...

ujang? kasi la fhm ke, cool sikit.

Anonymous berkata...

My brother dulu RMC. Masa tu I darjah satu. Tak pernah tahu ada kes buli yang sangat teruk. O yeah, lelaki sekarang (tak kira mana mana pun) memang semua lembik pon! Baru tumbuk sikit dah kata sakit. HAHAHA

farn. berkata...

bukan SEMUA roe. haha

Tanpa Nama berkata...

hahaha...rmc mmg bdk2 dia lemah2 belaka..

anyaroslan berkata...

hahahahahahahahahahaha!

itu sajalah yang sanggup ku 'muster' (shit, Malay lessons you still tak menjadi).

hahahahahahahaha!

you gotta love those nights alone in Shah Alam.

Tanpa Nama berkata...

My friends are all retards and that's why I love them.

Paku Neraka berkata...

continue la cite ni..aku sker baca

Tanpa Nama berkata...

sambung la lg cite ni doe.

farn. berkata...

haha okay, i'll write more. lepak jap ah wei, tengah syok bercuti kat johor ni. haha